Tuesday, July 13, 2010

about d company..

----------------------------------------------------------------------------------

///Senandung///


Sebelum interview pun, segala sejarah dah diketahui. Senang sahaja, just google, dan segala cerita tak elok boleh kita tahu. 'Alumni' dah banyak sangat. Ambil buang. Ambil, berhenti. Macam lagu 'Pakai Buang' tu.

Dan yang menariknya, kebanyakan 'alumni' tak gembira, so mereka gunakan alam siber untuk meluahkan apa yang tersirat di hati.

Apa boleh buat, bila sekadar satu atau dua yang tak boleh tahan, itu normal; tapi bila terlalu ramai tak boleh tahan, pastilah ada orang yang sakit jiwa.
Sakit Jiwa? Ya... sakit jiwa, sebab manusia normal tak herdik orang tua. Manusia normal tak maki orang tua. Manusia normal tak mencarut depan orang tua. Bila jiwa sakit, bila jiwa tak sihat, bila jiwa sengal, maka ia tak lagi normal. Jiwa tak normal maksudnya jiwa tu meracau. Jiwa tak sihat maksudnya dah kena panggil Pakar Psikitri.
Sampai-sampai, jumpa bakal customer pun dia dah kenal. Malu? Memang malu... Masakan tidak; satu persatu sejarah diceritakan. Bertukar staf. Kerenah pengurusan. Perdana V6... macam-macam..
Yang bercerita tu pustakawan. Pustakawan ada persatuan. Bila bekursus, mereka berhimpun. Si A bercerita, si B dengar. Si X mengumpat, si Y menokok tambah. Menitilah keburukan dari bibir ke bibir; dari blog ke blog; dari facebook ke facebook.
Hasilnya, pesaing kedepan, kita kebelakang. So, jangan pelik kenapa tak maju. Jangan pelik bila kewangan pun tak stabil. Jangan pelik bila dana mengecil, hutang bertambah, prestasi menguncup, akaun bertsunami.
Hasilnya, adakah sedar orang yang lupa? Taklah, itu sebab orang kita tak maju. Ego nombor satu. Bodoh nombor dua. Ketiganya pula perasan ;)
Perasan bijak. Perasan hebat. Perasan hensem :) Akibatnya, pekerja di herdik. Pekerja di zalimi. Pekerja di maki. Pekerja dicarut...
Kesian kan...macamlah manusia ini dilahirkan tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa anak-anak. Bayangkan jiwa seorang anak bila si ibu tua di f**k, di b***h
Panas tak jiwa? Menderau tak darah? Nasib baik bukan orang Melaka, kalau tidak, sah-sah kena 'lahabau'.

Apa boleh buat... inilah dunia. penuh dengan pesakit jiwa,
Kadang-kadang kita ingat kita je yang betul, yang lain semua salah. Kadang-kadang kita ingat kita je yang pandai, yang lain semuanya di 'bodoh-bodoh' kan. Kadang-kadang kita ingat kite je yang berkualiti, yang lain semuanya 'melukut di tepi gantang'.
Takpelah, suatu hari nanti yang tua akan nyanyuk, yang ego akan tersungkur, yang perasan pandai akan diajar talkin.
Waktu tu, jom ramai-ramai kita tengok siapa yang kena :)
 
----------------------------------------------------------------------------------
 

Tuesday, July 6, 2010

MPG Dinner 2007

hehe.. gamba dulu waktu degree mpg.. lawok giler.. tgn tetibe gatal nk post.. :)